Tuesday, April 27, 2010

Masak Lemak ketam & Nenas


Dah lama tak masak masakan berasaskan ketam...hari nie pergi pasar ada pulak ketam...pikir dok pikir nak masak apa..Last2 terpikir nak buat masak lomak ketam...adalah kuah sikit...campur dengan nenas....memang best! Semua ahli keluarga suka...makan dengan nasi panas....Masaknya mudah aje..Kalau nak tau apa resepinya....sila lihat di bawah.....


Masak lemak ketam & nenas

Bahan-bahannya:
5 ekor Ketam (terpulanglah nak masak berapa ekor)
5 ulas Bawang merah *
3 ulas Bawang putih *
Satu ibu jari kunyit hidup(kalau tak de serbuk kunyit pun bolehlah tapi, kunyit hidup lagi sedap)*
Sedikit cili padi (kalau nak pedas bubuh le banyak sikit)*
(* semua bhan2 nie di blender)
2 batang serai - dititik
Santan
Daun kunyit ( tak de pun tak pe)
Nenas yang masak( di potong kecil)
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara memasaknya:
Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumis sebentar bahan2 yang di blender tadi, selepas tu masukkan santan, ketam, nenas, serai, daun kumyit dan garam secukup rasa. Api jangan terlalu kuat, nanti santan tu pecah minyak pulak..tak cantik...Kacau sekali sekala.....Dah masak, hidangkan..sedia untuk di makan..

No comments:

Post a Comment