Tak de apa nak di buat..tgk bhan2 kek ada lebih lagi..buka-buka ternet..cari resepi..ingat nak buat muffin lagi...tapi, kali nie muffin yg guna cheese pulak..Kalau tak silap, resepi nie Yana ambil dalam blog Cik Mat Gebu kita..kalau tak silap le..kalau silap..Yana mintak maap lah le....banyak sangat resepi yg yana dah print..tapi tak tulis sapa empunya resepi...First time buat, nasib baik menjadi..gumbiranya rasa hati..Muffinnya lembap sikit, rasanya pun sedap, hasil gabungan cheese, oren dan coklat...tu yg buat sedap tu..Budak-budak mesti suka, sebab ada rasa coklat sikit..Ingat nanti nak buat lagi. Gambar nie diambil masa muffin baru masak..Tak hias apa pun lagi...Ingat nak makan jer terus. Thanks CMG, nanti Yana cuba resepi yg lain pulak ye...Kalau nak apa bahan-bahannya, sila rujuk di bawah.
CHOCO CHEESE MUFFIN
Bahan-bahannya:-
- 130gm mentega
- 130gm cream cheese
- 4 biji telur Grade A
- 150gm gula halus
- 260gm tepung gandum*
- 1/2 camt. soda bikarbonat*
- 1/2 camt. baking powder*
- 40gm serbuk koko* (*digaul rata dan diayak)
- 2 camb. golden syrup (boleh ganti dgn madu)
- 1 biji oren, parut kulitnya
- 50ml jus oren (perah dari oren di atas)
Cara membuatnya:-
- Satukan mentega,cream cheese dan gula, putar hingga putih dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu utk satu telur = 1 minit. Masukkan parutan kulit oren, putar rata.
- Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang-seli dgn jus oren hingga habis. Mcm biasa kalau masuk berselang seli, mesti diakhiri dgn tepung.Putar hingga semua sebati.
- Kaup adunan dgn spatula utk meratakan mana2 bahagian dlm mangkuk adunan yg kurang rata. sudukan adunan 3/4 penuh dlm muffin cup. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 190c selama 25minit atau hingga masak.
- Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan. Kalau suka boleh juga disapu cream dan hias ikut kreativiti masing2.
Selamat mencuba! Kalau dah cuba bagi komen tau...
No comments:
Post a Comment