Wednesday, November 3, 2010

Ikan Goreng Bersambal Istimewa


Alhamdulillah...nampaknya cuaca hari nie cerah sikit..berbanding semalam.....Harap2 hari nie panas sampai ke petang...Semalam hujan seharian...Banyak jugak kain bajuku yang tak sempat nak kering.....huhuhu...Kesian pulak Yana tengok kawasan kat bahagian utara semenanjung tu....habih semuanya tempat di landa banjir..Termasuklah rumah ibu mertuaku yang terletak di Perlis...Harap2 banjir kat sana cepat surutnya...Mak & abah...mesti penat nak mengemas & membersihkan rumah sesudah banjir....Jenuh jugak tu..nak membersihkannya.....Oklah, meh kita layam menu yang dah tertunggak 2 hari nie..Memang sedap dan istimewa menu ikan goreng nie....Yana saje gatai-gatai tangan tambah belacan sikit...Sedap jugak....Jadik macam sambal belacan...hehehe....Resepi nie Yana ambik dalam dapur Izah, masa jejalan kat umah dia....TQ Izah atas resepi nie...Akak copy jelah ek!! TQ jugak pada penyumbang resepi asalnya AlongRoz...

IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz


3 ekor ikan - Yana guna ikan selar..ikan ape2 pun bleh...
garam
serbuk kunyit

utk sambal:
4 bj cili hijau
1 bj cili merah
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut (ikut kak nor juga)
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih
daun ketumbar ~ dihiris halus
garam

tambahan oleh k.nor:
2 sudu besar sos ikan (saya tak letak)
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis

CARA:-

1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.



No comments:

Post a Comment