Kalau dah potong nampak cantik sikit....Yum....Yum.....cedapnyer....Alhamdulillah..menjadik jugak shiffon kek nie..sedap pulak tuh!! Gebus and lembut giler.... nasib baik masa makan aku tak jadi giler...Hahaha...TQVM ler kat Hana...atas resepi kek chiffon nie....Memang mabelos!!!..Rasanya lebih sedap lagi buat sendiri, dari beli kat kedai kek tu....Kek nie memang kegemaranku...Tapi, satu silapnya...Yana terbeli loyang yang kecik sikit..dah le kek tu jadik tebal..Pas tu terlambat panaskan oven pulak....Masa bakar tu..ada terhangit..sikit kat atasnya..Pandai-pandailah aku mengadjustnyer..masa nak masukkan gambar nie...hehehe....Hana....nak mintak izin nak C & P resepi yer...untuk dikongsikan bersama..Kalau yang belum cuba tu...mesti cuba tau!! Tak rugi punya...ingat nanti nak try buat shiffon yang lain pulak.....Jom!! Kita tengok apa resepinya...
CITRUS CHIFFON CAKE
Bahan-bahan
Bahan A
· 3 biji kuning telur
· 1 cawan tepung kek - hana gune tepung SRF(Yana pun)
· 1 sk baking powder
· 1/2 cawan gula halus
· 1/2 sk garam
· 1/3 cwn jus oren
· 5 sudu makan minyak jagung@minyak masak
· 2 sudu makan parutan kulit oren - hana ltk 1sm je (Yana pun)
· 2 sudu makan parutan kulit lemon - juga 1sm je (nie jugak)
Bahan B
· 3 biji putih telur
· 1/2 sk tartar
· 1/4 cawan gula halus
Cara-cara
· Panaskan oven suhu 175darjah.
· Satukan tepung, baking powder dan garam. Gaul rata dan ayak.
· Dalam mangkuk, kuning telur dan gula kacau menggunakan whisk sehingga gula larut. Masukkan bahan yang di ayak, kemudian parutan kulit oren dan lemon, jus dan akhir skali minyak. Ketepikan.
· Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga kembang dan meringue@soft peak (diterbalikkan tak jatuh!).
· Ambil setengah putih telur dan kaup balikkan menggunakan spatula ke dalam adunan kuning telur. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk putih telur yang berbaki tadi. Kaup balik lagi hingga sebati. Jangan over mix yer! Adunan akan kelihatan lumpy dan nampak seolah berketul2.
· Tuang ke dalam loyang chiffon. Loyang tak perlu dilengser dengan minyak! agar kek dapat `memegang` loyang tersebut semasa proses mengembang.
· Bakar selama 40-45min atau hingga masak.
· Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.
· Sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment