Thursday, May 26, 2011

Bebola Roti Goreng

Assalammualaikum....jemput makan bebola roti goreng nie....rupanya macam cekodok jer....Nie pun sebab nak perabihkan roti yg dah nak expired tu....nanti membazir pulak buang mcm tu jer....Sedap di makan panas2....cicah ngan sos....Anak-anak ingat cekodok...hehehe..Resepi dari rumah Hana..Resepi asal dari Lizahanum....Yana copy dari umah Hana jer...TQ pada kalian berdua..kerana telah menyelamatkan rotiku daripada tak di makan.....huhuhu...akhirnya...abis jugak....alhamdulillah....

BEBOLA ROTI GORENG

RESEPI : HANA

RESEPI ASAL : LIZAHANUM

Bahan-Bahan

· 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil

· 2 biji telur (saiz besar)

· 3 batang cili merah ~ dihiris

· 1 biji bawang besar ~ didadu halus2

· sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)

· 2 sudu teh serbuk lada putih

· garam secukup rasa

· perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)

· minyak utk menggoreng

Cara-cara

· Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..

· Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya)

· Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.

· Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.

· Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.


1 comment: