Friday, April 27, 2012

Bingka Tepung Beras


Assalammualaikum & salam pg Jumaat....Rasanya dah lama tak meng'update' blog...Kalau dah berhenti tu...mulalah susah nak mulakan balik....oklah, jom kita layan jer resepi feveret Yana nie. Bingka tepung beras.....sedap2...rasanya dah ramai jugak yg mencuba..Yana ambik dari dapur Kak Fida MyR...Terima kasih bebanyak akak atas resepi bingka nie...sedap..lemak2 manis gituk..Yana mintak izin nak kongsikan resepi akak tu di sini yer...Thanks again....




Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)

·         1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
·         250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
·         250 gm tepungberas (cap Gajah)
·         50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
·         1/2 st. esen vanila
·         1 sk. garam
Cara-Cara:-
1.                   Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
2.                  Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
3.                  Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.(zana alas dgn daun pisang)
4.                  Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
5.                   Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

  Selamat mencuba!!!

Saturday, March 10, 2012

Kuih Serimuka Pandan.....


Assalammualaikum...& selamat bercuti kpd yg bercuti...sedaaapppppnyer kuih serimuka nie....semua org suka..terima kasih pd penyumbang resepi kuih yg sedap bangat nie....kalo tak silap, resepi nie Yana ambik dari K.Yatie yg mmg handal dlm membuat pelbagai jenis kuih talam ...TQVM atas resepi nie...nak mintak izin nak sharekan resepi kuih akak tu kat sini....mintak halal yer...kuih nie Yana dah pun  buat untuk jualan....tiap2 hari buat kuih nie..Alhamdulillah....mmg habis....hehehe...rugi kalo tak mencuba....resepinya..tgk kat bawah nie yer...


 

KUIH SERIMUKA PANDAN


Lapisan Bawah:

·                     2 cawan pulut
·                     2 1/2 cawan santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn je..)
·                     sedikit garam
Cara
1.                   Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2.            Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3.            Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4.            Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5.            Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
·                     2 cawan santan pekat
·                     1 cawan jus pandan + warna hijau
·                     3/4 cawan gula
·                     3/4 cawan tepung gandum
·                     1/4 cawan tepung kastad
·                     1 biji telur
·                     1 sudu kecil garam
Cara-Cara
1.                   Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2.            Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3.            Kukuskan lebih kurang 30 minit.

**Utk adunan ni saya masak sebentar di atas api perlahan sehingga berwap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.
 

Thursday, March 8, 2012

Moist Banana Cake


Assalammualaikum & selamat sejahtera kpd semua rakan2 memasak & surirumah2 yg ada di dunia nie....Sebelum terlewat..Selamat Hari Wanita pd semua insan yg bergelar wanita.....Malas nak citer panjang...layan jelah kek pisang yg Yana buat baru2 nie...Resepi dari CMG....Waaaalaaahhhh!!!  Sedap kek nie..nak buatnya pun senang....Mmg moist ..lembut & gebusss lak tu!!.....cedap2.....Ikut adunan nie mmg dpt bnyk... Bnyk pun habis gak...sebab kek pisang my feveret....nnti leh buat lg...TQVM CMG...atas resepi nie...izinkan Yana sharekan resepimu tu di sini yer...Thanks  a lot...



MOIST BANANA CAKE 

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A
15 gram ovallate
150 gram gula halus
225 gram pisang emas, lecek halus - Ganti ngan pisang berangan..
1 camca teh esen vanilla atau 3-4 titik esen pisang
100 gram mentega dicairkan*
125 gram minyak jagung*(*disatukan)
Badam cincang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar hingga semua bersatu, tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga adunan pekat seperti adunan kueh baulu. Perlahankan kelajuan dan masukkan pisang lecek, putar rata.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis. Akhir sekali tambah minyak jagung + mentega cair tadi, kacau hingga sebati. Tuang dalam tin, tabur badam cincang rata dan bakar 40 - 45 minit atau hingga kuning keemasan. Uji kek dengan mencucuk bahagian tengahnya dengan lidi sate, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak. Sejukkan sebelum dipotong.

Wednesday, March 7, 2012

Ikan Masak Kicap



Assalammualaikum & selamat pg semua.....harap2 semua geng memasak sihat hendaknyer..kalo x sihat cam mana nak berjuang kat dapur kan....Semalam masak simple jer...tapi sodap!! Resepi dari Dayang...Anak2 suka makan masakkan cam nie..lagilah kalo ada kicap....makan dgn nasi panas2...fuhhhh!!! bertambah-tambah....TQVM Dayang atas resepi nie...Akak mintak izin nak kongsikan dgn rakan2 yg lain...kalo yg belum buat lg tu silakan..tak rugi punya.....Resepinya ada kat bawah nie..



Ikan Masak Kicap
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 6 ekor ikan kembong (dibersihkan)
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
cara-cara : Gaul-gaulkan ikan bersama semua bahan di atas dan perapkan 15 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Toskan.
bahan-bahan perencah :
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1/2 labu bawang besar (dhiris bulat)
  • sedikit kicap manis
  • sedikit sos tiram
  • sedikit sos tomato
  • sedikit sos cili
  • hirisan cili merah
Cara-cara :
1.     Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali atau tinggalkan sedikit minyak lebihan menggoreng ikan tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili giling hingga garing dan pecah minyak. 
2.     Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili, sos tomato dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
3.     Masukkan pula cili merah dan kacau lagi.
4.     Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi beserta bawang besar. Kacau mesra. 
5.     Apabila kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api, angkat dan hidangkan.

Tuesday, March 6, 2012

Bingka Pandan Tanpa Telur



Assalammualaikum...pembuka bicara....Dah lamanya Yana tak ke udara....Al-maklumlah...Bz sket..dgn tugasan harian & anak2....sampai x sempat nak update blog....Oklah, tanpa berlengah lg...meh kite layan resepi bingka Kak Fida nie..pada sesiapa yg alah teloq, boleh cuba resepi nie...walaupun tanpa telur, bingka nie tetap sedap & lemak2 gitu....TQ K.Fida atas resepi nie...mintak izin nak share ngan kengkawan yer...TQ again.... Selamat mencuba!!!



Bahan-bahan ( loyang 9 inc / 4 keping acuan pecah 8 )

·         2 cawan tepung gandum
·         3/4 cawan tepung jagung
·         1 cawan gula halus
·         2 cawan santan pekat
·         2 cawan air pandan (atau air + pandan pes)
·         1 tin susu cair
·         3 sb mentega/majerin - cairkan
·         garam secukup rasa
·         sedikit pewarna hijau dan kuning (opt)
·         sedikit bijan - untuk tabur

Cara-cara

1.   
 Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
2.   
 Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
3.   
 Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
4.   
 Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan.
5.    Bingka Lemak Manis Tanpa Telur :-
6.   
 Cara2 membuat sama,bahan2 juga sama hanya gantikan air dengan susu segar,tambah susu manis sikit jika suka,pes pandan gantikan dengan esen vanilla dan bubuh warna kuning sedikit.
7.   
 Sejukkan,potong kecil dan hidangkan.

Tuesday, December 27, 2011

Kek Gula Hangus @ Sarang Semut

Inilah antara kek tradisional yg masih menjadi pujaan ramai...kek ni jugak sesuai dijadikan hidangan untuk sebarang majlis. Kek ni pun ada penggemarnya tersendiri..termasuklah Yana...Mmg suka mkn kek nie..Dah bnyk kali buat...abis jer...Tak sempat nak letak N3..nie pun buat sebab nak bawa balik kampung...Nak bagi pak & mak mertua rasa...Yana buat 2 adunan...sebab kalau satu adunan mcm skit jer...Syukur alhamdulillah...pak mertua kata sedap...hehehe...Tapi, tak leh mkn selalu..nnti memudaratkan kesihatan lak!!Paham2 jelah..kek nie kan ke manis2 skit...kalau kurang manis..kuranglah pulak rasanyer...Semua dah try buat kek nie kan...buatnya pun xlah susah sangat...senang jer...tu yg rajin buat selalu...hehehe....Sebelum terlupa, nak ucap bebanyk terima kasih pada penyumbang resepi nie..Widad...& resepi asalnya dari Chetam...Kalau nak mencuba silakan...Kita semak bahan2nya kat bawah nie yer...


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat*( * Satukan & ayak)
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat. (Yana pukul sekejap jer, guna whisk..agak2 telur tu dah sebati..ok)
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Selamat mencuba!!


Sunday, October 30, 2011

Crazy Chocolate Cake

Assalammualaikum & selamat sejahtera kpd semua.....malas pulak rasanya hari nie nak mengarang panjang2....selalunya mmg pendek2 pun...hehehe.......Jomlah kita layan jer resepi chocolate cake yg sedap nie....anak2 Yana cukup suka...nak buat pun sesangatlah mudahnya....budak sekolah pun boleh buat...yg pentingnya jimat..sebab x de guna teloq...teloq pun dah mahai kan...so, apa lagi cubalah buat cake nie..tak rugi punya...very moist....Buat versi cupcake..Terima kasih kepada penyumbang resepi....

CRAZY CHOCOLATE CAKE

RESEPI : ALUDRA MyR

Bahan-bahan ( 18cmX18cm )

· 1 cawan / 120 gram tepung gandum*

· 1 cawan / 180gram gula halus - Yana guna gula kastor...kurangkan sikit..

· 3 sudu besar serbuk koko*

· 1 sudu kecil baking soda*

· 1 sudu kecil baking powder*(*satukan & ayak)

· 1/2 sudu kecil garam

· 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak

· 1 sudu besar cuka

· 1 sudu kecil vanilla

· 1 cawan air sejuk

Cara-cara

1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.

2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.

3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.

4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.

5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

6. NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni.