Sunday, October 30, 2011

Crazy Chocolate Cake

Assalammualaikum & selamat sejahtera kpd semua.....malas pulak rasanya hari nie nak mengarang panjang2....selalunya mmg pendek2 pun...hehehe.......Jomlah kita layan jer resepi chocolate cake yg sedap nie....anak2 Yana cukup suka...nak buat pun sesangatlah mudahnya....budak sekolah pun boleh buat...yg pentingnya jimat..sebab x de guna teloq...teloq pun dah mahai kan...so, apa lagi cubalah buat cake nie..tak rugi punya...very moist....Buat versi cupcake..Terima kasih kepada penyumbang resepi....

CRAZY CHOCOLATE CAKE

RESEPI : ALUDRA MyR

Bahan-bahan ( 18cmX18cm )

· 1 cawan / 120 gram tepung gandum*

· 1 cawan / 180gram gula halus - Yana guna gula kastor...kurangkan sikit..

· 3 sudu besar serbuk koko*

· 1 sudu kecil baking soda*

· 1 sudu kecil baking powder*(*satukan & ayak)

· 1/2 sudu kecil garam

· 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak

· 1 sudu besar cuka

· 1 sudu kecil vanilla

· 1 cawan air sejuk

Cara-cara

1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.

2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.

3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.

4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.

5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

6. NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni.

Friday, October 14, 2011

Apam Dot-dot

Assalammualaikum.....akhirnya..berjaya jugak Yana buat apam dot-dot nie..org lain dah kemana Yana je masih terhegeh-hegeh lagi....buat apam nie memang asyik kan...Yana tak bubuh apa-apa filling pun..cuma yana bubuh strawberry & blueberry paste jer.....apam nie memang best kan...Apa-apa pun terima kasih pada penyumbang resepi yg sudi berkongsi resepi apam nie...walaupun dah ramai yg tahu resepinya, Yana pastekan jelah kat bawah nie..agar senang Yana nak buat rujukan dikemudian hari....Copy dari umah kak Ros JM..Kak Ros siap bg tip lg macam mana nak bg apam tu gebu & naik cantik bila dikukus...TQVM akak..tip tu mmg berguna...Tgklah..kaler pun ikut cam kak Ros jugak hehehehe.....


Apam Polkadot
Resepi : Kak Ros Jintanmanis
Resepi Asal : Shelly@myresipi.com

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (Yana buh blueberry & strawberry paste jer)
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Tips-Tips bagaimana nak buat Apam Polkadot Naik Cantik bila dikukus dan Gebu Sentiasa

1. Ayak Tepung Gandum dan baking powder dua kali, ini bagi memerangkap udara serta meratakan baking powder di dalam tepung gandum, hasilnya adunan akan mudah sebati dan apam menjadi gebu.

2. Pastikan memukul telur dahulu hingga berbuih, lebih kurang seminit, baru masukkan gula, ( kalau guna gula pasir, pastikan blender halus dahulu).

3. Setelah masukkan gula di dalam telur, pukul sehingga betul-betul putih dan kembang, masa lebih kurang 10 minit ke 15 minit.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan susu segar, dan sebatikan menggunakan spatula atau senduk kayu.

5. Biarkan adunan ( perap adunan) lebih kurang 30 minit baru diwarnakan.

6. Kukus adunan dengan api sederhana, bagi mengelakkan permukaan apam polkadot mekar ( pecah) di tengahnye.

Nota: semoga tips yang ros berikan ini memberi sedikit sebanyak pengetahuan pada kawan-kawan yang baru ingin mencuba resepi ini. Selamat Mencuba.