- Panaskan minyak. Goreng ayam hingga separuh masak..Angkat, tos & ketepikan.
- Ambil sedikit lebihan minyak tadi. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar, sos cili, sos ikan, sos tiram & kicap..Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih sekejap.
- Masukkan semua sayuran tadi. Biarkan sayuran lembut sedikit.
- Masukkan tomato, cili mereah & cili hijau.
- Masukkan gula secukup rasa.
- Siap..
Saturday, October 30, 2010
Paprik Ayam
Friday, October 29, 2010
Ikan Kukus Lemon
Bahan-bahan:
semestinya seekor ikan siakap saiz sederhana
1 batang serai*
1" halia*
cili padi (ikut citarasa pedas)*
1 tangkai cili hidup*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sk gula atau secukupnya
1/3 sk garam atau secukupnya
1 sk sos ikan
1 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk lada putih
3 tangkai daun ketumbar
jus lemon secukupnya (ikut suka masam)
1/2 cawan air
1 sk tepung jagung dicampur sedikit air
Cara-cara:
1. Bersihkan ikan, dibelah 'butterfly'. Lumurkan dengan sedikit minyak bijan dan serbuk lada putih.
2. Panaskan air kukusan, masukkan akar daun ketumbar.
3. Tumbuk halus semua bahan bertanda *. Masukkan dalam periuk kecil.
4. Masukkan jus lemon, sos ikan, air, garam dan gula secukupnya.
5. Kukus ikan berasingan 10 minit.
6. Didihkan bahan no.4. Apabila mendidih masukkan campuran air dan tepung jagung dan kacau cepat.
7. Keluarkan ikan dari kukusan dan curahkan sos dari periuk tadi. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
Saturday, October 23, 2010
Ikan Goreng Bersos Tomyam
IKAN GORENG BERSOS TOM YAM
Bahan-bahan
· Ikan siakap - atau apa saje ikan
· Tepung jagung - hana gune potato starch@katakuriko
· Garam
· 1/2 biji bawang besar - potong dadu
· 2 ulas bawang putih - cincang
· 1 batang serai - hiris
· 1 inci halia - hiris memanjang
· 3 helai daun limau purut - racik2
· 3-5 biji cili padi - cincang kasar
· 1 sudu besar cili kisar - optional utk xtra pedas
· 1/2 peket perencah tomyam adabi
· 1 sb sos cili
· 2 sb sos tomato
· 1 sk sos ikan
· lada benggala merah,hijau,kuning - potong dadu
· sedikit air
· garam dan gula
· daun ketumbar
Cara-cara
· Basuh bersih ikan. Kelar bahagian badan. Lumurkan dengan garam kemudian tepung. Panaskan minyak.Goreng hingga masak. Angkat dan toskan kemudian letakkan ke dalam pinggan.
· Tumis bwg besar, bwg putih, cili, daun limau purut, serai dan halia hingga naik bau.
· Masukkan sos tomato, sos cili, perencah tomyam, sos ikan dan sedikit air. Didihkan.
· Masukkan lada benggala, garam dan gula secukup rasa. Bila cukup pekat angkat dan tuang ke atas ikan.
· Taburkan dengan daun ketumbar dan hidangkan dengan nasi hangat.
Friday, October 22, 2010
Kek Lapis Cinta Kirana
KEK LAPIS CINTA KIRANA
Bahan-Bahan
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry - Yana ganti blueberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen) - Yana guna yg biasa jer
Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.
2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.
3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.
4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.
Wednesday, October 20, 2010
Kari Sotong Berempah...
- Tumiskan bahan kisar & daun kari hingga naik bau.
- Masukkan halba campur, serbuk kari, serbuk kunyit & serbuk cili. Tumis seketika hingga wangi.
- Masukkan sedikit air & biarkan seketika. Apabila mendidih, masukkan sotong, santan, air asam jawa & garam secukup rasa.
- Masak sehingga kuahnya pekat. Angkat & hidangkan..
- Selamat mencuba!!!
Tuesday, October 19, 2010
Tumis Betik Sambal Belacan
- Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tuangkan air & masukkan bawang besar. Didihkan.
- Masukkan betik, garam & gula secukup rasa.
- Apabila sudah mendidih, padamkan api.
- Siap utk dihidangkan....Senang jer....
Sunday, October 17, 2010
Kek Lapis Oreo
Bahan-Bahan
10 biji telur (saiz besar) -
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional) - Yana x buh coz dah abis...
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli - x buh coz xde...
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah - ikut suke jer...
Cara:
1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.
2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.
3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.
4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.
5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)
6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.
7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).
8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)
9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.
10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.
Nota:
1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.