Thursday, April 29, 2010

Nasi Minyak


Hari nie makan berat sikit..Nasi minyak dengan rendang ayam...Sorry le, nasi yang Yana buat nie tak letak bahan2 hias..terlupa nak beli. Lepas makan, terasa mengantuk pulak..mungkin sebab perut dah kenyang...Kalau nak resepi nasi minyak tu ringkas ajer..sesiapa pun boleh buat....Ikut jer kata hati, kalau nak buat seribu daya, kalau tak nak...beli jer...hahaha...


Resepi Nasi Minyak

Bahan-bahannya:

500gm beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
2 camca besar minyak sapi
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar2
1 biji bawang besar, hiris halus
2 inci halia , dititik
3 ulas bawang putih , dititik
3 helai daun pandan, disimpul
700 ml stok ayam (kalau tak de, guna 700ml air + 1 kiub ayam maggi,tak letak pun tak pe..Tapi,sukatan air mesti sama dgn sukatan beras)
300ml susu cair
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kumtun bunga cengkih* (*rempah tumis)
sedikit kismis

Bahan hias:-
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng
Gajus yg digoreng

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali,masukkan rempah tumis, bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan, tumis hingga harum. Masukkan beras dan goreng sekejap. Matikan api. Tuang beras tadi dalam periuk nasi elektrik.
  2. Tambah susu cair, daun ketumbar dan juga stok ayam. Masukkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, tabur kismis dan biar betul2 tanak.Gemburkan nasi (cukup sekadar 3-4 kali gembur, kalau banyak kali nanti nasi patah2).
  3. Hias dengan bahan2 tabur dan hidangkan bersama juadah2 lain. ( Yana tak letak pun bahan2 tu sebab lupa nak beli..hehehe....)





Rendang Ayam


Dah lama tak masak rendang. Asyik masak ayam masak merah jer.....kekadang tu jemu jugak. Nak ubah selera sikit...Rendang pun sedap jugak kalau makan dengan nasi.

Kuey Teow Goreng Kerang


Mena makan petang, Kuey Teow Goreng...bubuh kerang banyak-banyak baru sedap....itulah yang di namakan Kuey Teow Goreng, kerang kasi lebih sikit...hehehe....Kerang pun bukannya mahal sangat...beli dua kilo pun tak pe.....hahaha....

Tuesday, April 27, 2010

Ulam pucuk gajus & sambal nyioq


Memang sedap kalau makan ulam-ulaman...Baik untuk kesihatan dan untuk awet muda jugak....Hari nie satu lagi menu ulam-ulaman..Iaitu ulam pucuk gajus...ada sesiapa yang tak pernak tengok pokok gajus ker? Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta..kalau kenal ngan pokoknya...pucuknya tu..kalau di petik..di buat ulam...Pergh! Sedap......Jangan petik daunnya sudah le...Tak termakan pulak nanti.Baunya pun sedap..Makan pulak ngan sambal nyioq...bertambah seleranya.....Nak buat sambal nyioq tu senang jer...macam nie cara-caranya..

Bahan-bahannya:

Kelapa parut putih ajer..
Cili merah*
Bawang merah*
Udang kering*
Belacan*
(*blender semua)
Garam
Gula
Pak aji
Perahan air limau nipis/kasturi

Cara membuatnya:
Dah blender semua bahan2 tadi, gaul bersama kelapa parut.Kelapa parut tu kalau boleh di blender sikit (asing) jangan halus sangat, lepas tu perahkan limau, masukkan garam, gula dan sedikit serbuk perasa mengikut citarasa...Siap! Colek ngan pucuk gajus tadi....Belum try belum tau!..Nanti mesti nak buat lagi...Hehehe....


Masak Lemak ketam & Nenas


Dah lama tak masak masakan berasaskan ketam...hari nie pergi pasar ada pulak ketam...pikir dok pikir nak masak apa..Last2 terpikir nak buat masak lomak ketam...adalah kuah sikit...campur dengan nenas....memang best! Semua ahli keluarga suka...makan dengan nasi panas....Masaknya mudah aje..Kalau nak tau apa resepinya....sila lihat di bawah.....


Masak lemak ketam & nenas

Bahan-bahannya:
5 ekor Ketam (terpulanglah nak masak berapa ekor)
5 ulas Bawang merah *
3 ulas Bawang putih *
Satu ibu jari kunyit hidup(kalau tak de serbuk kunyit pun bolehlah tapi, kunyit hidup lagi sedap)*
Sedikit cili padi (kalau nak pedas bubuh le banyak sikit)*
(* semua bhan2 nie di blender)
2 batang serai - dititik
Santan
Daun kunyit ( tak de pun tak pe)
Nenas yang masak( di potong kecil)
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara memasaknya:
Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumis sebentar bahan2 yang di blender tadi, selepas tu masukkan santan, ketam, nenas, serai, daun kumyit dan garam secukup rasa. Api jangan terlalu kuat, nanti santan tu pecah minyak pulak..tak cantik...Kacau sekali sekala.....Dah masak, hidangkan..sedia untuk di makan..

Pisang panas! Mari! Mari......


Menu makan petang....dah lama tak update blog nie..Kalau time cuaca hujan cam nie..memang sedap pekena pisang panas ngan teh tarik...Ummph!. Tapi, ada gak segelintir daripada kita yang belum arif dalam pembikinan pisang panas nie...Alah....Bukannya susah sangat..beli jer pisang kat pasar tu..( beli pisang yg leh buat goreng le...jgn li pisang berangan pulak), pas tu sediakan tepung beras, air kapur, secubit garam dan akhir sekali air secukupnya..kan ke mudah tu...Nak lagi mudah, beli jer tepung rangup yang ada di jual kat kedai2 runcit tu...cuma tambah garam sikit ngan air jer....Tapi, masa nak goreng tu minyak kena banyak..api plak kena panas..Jangan hangit dah le..nanti jadi pisang goreng hangit pulak!Ada lagi satu alternatif, kalau nak mudah lagi...beli jer yg dah siap goreng...tinggal makan jer..tak payah nak susah2 bancuh tepung...tu yang terakhir...apa-apa pun, kepada yang baru nak mencuba tu..selamat mencuba...Hati-hati semasa menggoreng..

Wednesday, April 21, 2010

Jom Jalan-jalan

Bersama anak-anak yang tersayang, Mohamad Farhan, Nurliyana Sahira dan Mohamad Irfan

Baru sampai ke destinasi , anakanda Farhan yang ambil gambar nie...


Gambar bersama suami yang di sayangi, kat sebelah tu paham2 je lah, kalau nak bergambar jer..mesti nak menyelit muka tu jugak....

Kecil-kecil cili padi, nie dia ninja warrior si cilik Irfan..kalau bab berlawan mesti nak menang jer..












Thursday, April 15, 2010

Choco Cheese Muffin


Tak de apa nak di buat..tgk bhan2 kek ada lebih lagi..buka-buka ternet..cari resepi..ingat nak buat muffin lagi...tapi, kali nie muffin yg guna cheese pulak..Kalau tak silap, resepi nie Yana ambil dalam blog Cik Mat Gebu kita..kalau tak silap le..kalau silap..Yana mintak maap lah le....banyak sangat resepi yg yana dah print..tapi tak tulis sapa empunya resepi...First time buat, nasib baik menjadi..gumbiranya rasa hati..Muffinnya lembap sikit, rasanya pun sedap, hasil gabungan cheese, oren dan coklat...tu yg buat sedap tu..Budak-budak mesti suka, sebab ada rasa coklat sikit..Ingat nanti nak buat lagi. Gambar nie diambil masa muffin baru masak..Tak hias apa pun lagi...Ingat nak makan jer terus. Thanks CMG, nanti Yana cuba resepi yg lain pulak ye...Kalau nak apa bahan-bahannya, sila rujuk di bawah.

CHOCO CHEESE MUFFIN

Bahan-bahannya:-
  • 130gm mentega
  • 130gm cream cheese
  • 4 biji telur Grade A
  • 150gm gula halus
  • 260gm tepung gandum*
  • 1/2 camt. soda bikarbonat*
  • 1/2 camt. baking powder*
  • 40gm serbuk koko* (*digaul rata dan diayak)
  • 2 camb. golden syrup (boleh ganti dgn madu)
  • 1 biji oren, parut kulitnya
  • 50ml jus oren (perah dari oren di atas)
Cara membuatnya:-

  1. Satukan mentega,cream cheese dan gula, putar hingga putih dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu utk satu telur = 1 minit. Masukkan parutan kulit oren, putar rata.
  2. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang-seli dgn jus oren hingga habis. Mcm biasa kalau masuk berselang seli, mesti diakhiri dgn tepung.Putar hingga semua sebati.
  3. Kaup adunan dgn spatula utk meratakan mana2 bahagian dlm mangkuk adunan yg kurang rata. sudukan adunan 3/4 penuh dlm muffin cup. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 190c selama 25minit atau hingga masak.
  4. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan. Kalau suka boleh juga disapu cream dan hias ikut kreativiti masing2.
Selamat mencuba! Kalau dah cuba bagi komen tau...

Strawberry Shortcake


Kek strawberry yg Yana wat baru-baru nie...Yana dapat dari blog kak Ummie.Buat untuk anak-anak.Rasanya sesangatlah gebu..Dua hari jer dah clear..Topping tu nampak comot sikit..al-maklumlah..kita baru nak belajar..peralatan bakery pun tak mencukupi..Buat apa yg ada jer...yg penting rasanya. Kalau nak bubuh strawberry filling kat tgh pun boleh gak..Yana tak bubuh.Yana nie tak berapa suka manis-manis sangat..kek tu pun dah manis..Takut pulak kena kencing manis nanti.. Nasib baik sempat ambil gambarnya.Nie pun tinggal sepotong jer lagi ,tinggal nak ngap! Oklah, kepada sesiapa yg nak try resepi nie..jom kita semak resepi kat bawah:-

Bahan-bahannya :

  • 5 biji telur Grade A
  • 135gm tepung gandum ( diayak bersama
  • 1 camt. baking powder ) sebanyak 3x
  • 75 ml minyak jagung/sayur
  • 160gm gula halus
  • 15gm ovallete
  • 2 camb. susu segar ( yana guna susu cair)
  • 1 camt. strawberry emulco/paste
Bahan Lain :-

  • Krim putar (whipping cream) secukupnya
  • Strawberry Filling
  • Strawberry segar (utk hiasan)
  • Chocolate rice
Cara membuatnya:-

  1. Panaskan oven 175C dan lenser loyang dgn butter dan alas dgn baking sheet.
  2. Tuang gula halus dan ovalette dalam mixing bowl, putar biar sekata dan mesra.
  3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga benar2 kembang dan kental seperti adunan bahulu.
  4. Masukkan strawberry emulco dan putar sebati.
  5. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  6. Tuang susu segar/ssusu cair dan putar rata.
  7. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
  8. Tuang dlm tin dan bakar selama 25-30 minit. Keluarkan serta-merta dari oven dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk dlm bekas dlm keadaan terbalik.
  9. Bila kek telah sejuk, keluarkan dari tin. Potong kek kepada 2 bahagian.
  10. Letak bahagian bwh kek atas papan kek dan sapu dgn krim putar dan letak strawberry filling. Akhir sekali letak bahagian atas ke atas kek tadi. Hias keseluruhan dgn whipping cream, buah strawberry dan chocolate rice mengikut kreativiti masing2.(Yana tak berapa kreatif sangat)
Cubalah, nanti mesti nak buat lagi...Yummy....."Selamat mencuba"..

Wednesday, April 14, 2010

Banana Muffin


Ptg tadi tak tau nak buat mkn ptg apa,last-last terbaca blog kak Ummie, buka resepi muffin, tgk pisang ada atas meja..apa lagi, cari resepilah..jumpa resepi Banana Muffin, try buat...alhamdulillah...menjadi...Tapi, Yana guna tpg naik sendiri, sebab tpg superfine tu dah abis...nasib baik ok..Thanks kak Ummie..nanti try resepi lain pulak...